Tuesday, December 3, 2013

Taubat cara Nabi

Salam,
Sekadar berkongsi isi buku bertajuk "Dasyatnya Taubat Nasuha". Dimana menceritakan kisah-kisah insan yang mendapat hidayah Tuhan yang boleh dijadikan tauladan buat kita.

Nabi Muhammad S.A.W berkata dalam hadis yang direkodkan oleh Muslim, 'Wahai Manusia, kembali kepada Tuhan dan minta  kemaafan daripadaNya. Sebab aku juga kembali kepada Tuhan setiap hari dengan meminta keampunan sebanyak 100 kali'.

Menerusi hadis yang direkodkan Termizi pula, Nabi Muhammad berkata, "Setiap keturunan manusia pasti ada membuat kesilapan dan sebaiknya kesilapan adalah kesilapan daripada orang yang mahu kembali kepada Tuhannya.

Syarat2 Taubat :

1). Tidak sesekali mengulangi kesilapan itu.
2). Menyesali kesilapan lalu yang pernah dilakukan.
3). Berazam dengan sepenuh hati tidak mengulanginya walaupun berpeluang melakukannya.

Setiap point diatas perlu dilakukan bagi memenuhi syarat kembali kepada Allah. Jika salah satu dari syarat tersebut tidak dilaksanakan, dapat membatalkan seluruh syarat-syarat kembali pada Allah.

Syarat2 kembali kepada Allah jika kesalahan itu melibatkan sesama manusia.


4 syarat :


1). Tidak sesekali mengulangi kesilapan itu.
2). Menyesali kesilapan lalu yang pernah dilakukan.
3). Berazam dengan sepenunh hati tidak mengulanginya walalaupun berpeluang melakukannya.
4). Memulangkan semula setiap harta kepunyaan pemiliknya. Apabila kesilapan yang dilakukan berbentuk mengambil harta orang lain tanpa izin seperti mencuri, barang yang dicuri perlu dipulangkan kepada tuannya. Apabila kesilapan yang dilakukan dalam bentuk mengumpat, orang yang mengumpat perlu  meminta maaf kepada orang yang diumpat.


Friends